smk ni hina sangat ke hah??

No comments:




ingat !!
Allah jadikan kita sebaik baik kejadian, tetapi manusia itu sendiri yang jadikan diri mereka sehina hina makhluk~


Dengan bangganya saya beritahu pada awak, bahawa saya ini budak SMK. So yes, di sekolah saya, cikgu tidak mengajar tentang usrah, ukhuwwah fillah, tidak diberi pendedahan secara khusus mengenai ikhtilat, dan di sekolah saya tidak ada BADAR dan segala seperti di sekolah awak.


Tapi, Disebabkan awak bersekolah agama, tidak bermakna awak boleh berasa diri awak itu lebih berpendidikan agama daripada pelajar SMK biasa. Disebabkan awak bersekolah agama, tidak bermakna awak boleh menghina pelajar SMK yang awak kata jahil teruk mengenai agama. Itu termasuk dalam kategori menghina, awak sedar? Kutuk dan hina saya sepuasnya.


Tapi jangan gunakan sebab saya ini pelajar SMK sebagai bahan untuk 'menguatkan' hujah awak. Mungkin awak terlupa sesuatu, mari saya ingatkan kembali, kita ini sama sahaja di sisi Tuhan. Tidak kiralah pelajar SMK ke, pelajar sekolah agama ke, pelajar pondok ke, pelajar tahfiz ke, apa yang Tuhan lihat adalah iman kita. Belajar di sekolah yang mempunyai suasana Islamik itu merupakan nikmat yang sangat besar untuk awak. Dan awak patut bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan itu. Pelajar SMK tidaklah sehina dan seteruk yang awak sangka. Cuma sekolah awak mempunyai suasana Islamik dan sekolah SMK tidak.



Jika awak mengatakan pelajar SMK itu jahil teruk mengenai agama, mungkin awak terlupa perkara yang paling asas, iaitu berhenti berprasangka buruk dan menghukum, sebaliknya bersangka baik dan terus membantu semampunya. Status ini bukan semata untuk manusia yang bergelar pelajar sekolah. Mungkin saya tidak cukup makan garam, tapi saya juga punya pendapat dan persepsi yang mungkin golongan 'senior' tidak perasan. Kbai.

orang melayu peuh dengan perasaan hasrat dengki.